satu. dua. tiga. perkataan yang akan tersebut dihati. tiada tanda seru mahupun tanda soal. semua mungkin terjawab sudah. apa yang perlu dan apa yang kurang perlu, mahupun langsung tidak perlu. eh, wa patut bekerja lebih keras lagi. keras dengan nafsu serta keras dengan hati. wa perlu kekuatan seperti besi yang diketuk dengan mertun seberat mana sekalipun.
mari main ketuk ketuk kepala menggunakan tukul besi. semua mungkin terjawab selepas semua pecahan otak terampak ke lantai. setelah semuanya berkecai, bolehlah lu mop lantai wa yang penuh dengan serpihan cinta cinta yang wa curah.hadap semuanya. semua jijik.
kepala lutut dengan kepala hotak. sebenarnya semuanya memerlukan belaian. pemilihan yang patut dipertimbangkan sebenarnya. mana jalan. mana sungai. mana laut. mana. mana. mana.
sini dekat. sini dekat. wa perlu bisik dekat dekat . tanpa sesiapa tahu apa tindakan seterusnya. mungkin ia enak atau tak. wa mungkin akan telan semuanya. telan, jangan kunyah. mungkin ia terasa enak lagi bila dicampur sedikit perasa. agar ia cukup sifatnya untuk dinikmati.
salam.
ReplyDeletejika dikunyah lagi enak rasanya..:)