Wednesday, 25 July 2012

lontaran hikmat

ego tinggi wa tidak lah setinggi 172 sentimeter. mungkin akan rendah bila kena dengan masanya. wa cerita sikit.

"you tau tak, i paling tak suka bila orang lambat!", nada marah.

ayat menusuk jiwa raga. ini bukan rekaan. ini betul-betul. semua hanya kerana berpotong ayat inilah yang membuatkan wa tidak putus-putus fikir. berjenak-jenak beb. lu semua nak tahu, ayat ini yang menentukan banyak benda, banyak telatah, banyak perilaku yang berbeza. durjana gila ayat itu sebenarnya. tahan sedikit ya. mungkin ini pertengahan untuk perubahan yang ketara kelak.

hati tersentuh untuk berpatah balik, kerana keegoan yang separuh tinggi everest. wa tidak jadi . masih berjalan-jalan ditesco yang tidak mempunyai ramai manusia sekeliling, mata ditumpukan ke tempat yang dituju. hati? mana hati pergi? haha. tarik nafas panjang. inginkan kesempurnaan.

selesai memegang duit RINGGIT MALAYSIA, wa berjalan ke kereta biru yang kadang-kadang meragam tidak tentu pasal. tak mengapa. ia membantu. haha. hati masih disitu. tidak berubah. ego tetap ego. "aku ambil dia lah, mana tahu, elok nanti", bercakap sendirian sementara adik wa kepenatan selepas pulang dari pelajaran.

baju berkolar, putih keluar dari pintu kaca yang bersinar. hati wa berdebar . wa takut dimarahi. sangkaan wa salah.  mungkin panas. tidak tersenyum. penat agaknya. positif eka. positif.

seperjalanan di dalam kereta, hanya lagu yang berkumandang menceriakan suasana. sedangkan waktu itu wa rasa macam guruh, ribut  serta petir menyambar. terasa ngeri. euw euww.

masih tidak selesai. hanya bergantung. tergantung. menggantungkan. alahai.




mari pergi

sedang apa yang diperkatakan, semua manusia melakukan kesilapan. dengan apa yang wa hadap selama bertahun ini, mungkin ini kenyataan sebenar, yang wa hanya perlu tunduk, dan mencuba menegakkan semula kepala wa, untuk dimaafkan.

tatkala, wa rasa jauh. perilaku wa jahat sejuk panas sejuk panas. mungkin tangan wa lebih berfikiran jauh dengan menekan punat telefon bimbit. untuk apa? untuk apa? entah entah.

mengerti. bila terkadang manusia perkatakan seperti celoteh biasa yang begitu mengguris hati. mungkin hanya dengan sikap wa dahulu. wa terasa . ia sudah basi. wa cuba mengubah banyak perantaraan perkataan untuk wa pergunakan. ternyata. masih gagal. wa lemah.

sentap yang tidak guna, eka. bercakap dengan diri sendiri lebih hebat terasa dari bercakap dengan manusia yang menyuruh wa pergi jauh jauh. wa cuba bangun dari pelusuk negatif. wa cuba buang jauh jauh. penyakit yang dijangkiti bila manusia berkongsi pendapat. berkongsi masa. berkongsi hati.

hati. hati. hati.
i heart you

macamana hati? jelas?
jangan mengharapkan wa pergi jauh jauh.
maaf, wa mungkin gagal dengan kehendak lu

...vampire eastacy..

Thursday, 12 July 2012

sama ada ia A atau B

satu. dua. tiga. perkataan yang akan tersebut dihati. tiada tanda seru mahupun tanda soal. semua mungkin terjawab sudah. apa yang perlu dan apa yang kurang perlu, mahupun langsung tidak perlu. eh, wa patut bekerja lebih keras lagi. keras dengan nafsu serta keras dengan hati. wa perlu kekuatan seperti besi yang diketuk dengan mertun seberat mana sekalipun.

mari main ketuk ketuk kepala menggunakan tukul besi. semua mungkin terjawab selepas semua pecahan otak terampak ke lantai. setelah semuanya berkecai, bolehlah lu mop lantai wa yang penuh dengan serpihan cinta cinta yang wa curah.hadap semuanya. semua jijik.

kepala lutut dengan kepala hotak. sebenarnya semuanya memerlukan belaian. pemilihan yang patut dipertimbangkan sebenarnya. mana jalan. mana sungai. mana laut. mana. mana. mana.

sini dekat. sini dekat. wa perlu bisik dekat dekat . tanpa sesiapa tahu apa tindakan seterusnya. mungkin ia enak atau tak. wa mungkin akan telan semuanya. telan, jangan kunyah. mungkin ia terasa enak lagi bila dicampur sedikit perasa. agar ia cukup sifatnya untuk dinikmati.