Thursday, 31 May 2012

sedang seronok  wa melihat mereka menonton sinetron tiap petang bersama tok tersayang, tidak lupa juga wa akan membawa jajan atau apa-sahaja berhadapan dengan sebuah besi segi empat tepat yang mengeluarkan cerita-cerita agung untuk ditonton. "bosan asyik cerita sama sahaja, bila mau habis?", wa mengeluh panjang setelah melihat cerita yang hampir 250 episod ceritanya yang tidak akan pernah bosan untuk mereka menonton. wa bosan beb. dalam hati wa "layan je lah, mane tau tidak membosankan kadangkala". ternyata masih bosan. 

penat dengan keluhan sendiri, wa membuat keputusan menelan sesuatu yang berwarna merah, berplastik kebiruan yang berkilauan, rupanya bulat bulat  dan mempunyai lubang di tengah-tengah. hanya itu yang terbayang saat itu. lupakan tentang sinetron tidak berguna itu. haha. lalu, wa menghidupkan besi bergerak wa untuk dijadikan pengangkutan untuk wa sampaikan hajat hati wa membeli benda idaman wa. 

ok. makhluk besi mula bergerak dan meluncur laju di atas jalan raya yang mempunyai jaluran putih yang putus-putus. tandanya ia bergerak. signal kanan diberi tanda ingin membelok. " kedai mana aku patut pergi ?", keluhan wa lagi yang tiada siapa mendengar. walaupun mempunyai lebih kurang 3 orang di dalamnya. haha. abaikan . wa memang gemar bercakap . benda kurang penting agaknya. haha. 

mata wa terus memandang satu benda yang bersinar-sinar. ia berada di rak teratas di kedai tersebut. wa sudah hampir menelan air liur yang hampir mengalir keluar dari bibir wa. "sedap kot benda ni!", suara wa perlahan tanda mengingini sesuatu. 

wa masih lagi berfikir sejenak dalam besi bergerak wa ini. "apeke pekaknya aku ni!". menyakitkan hati bila wa terlupa untuk membawa sebarang wang kertas. wa alpa. hishh! lidah masih terasa dan terbayang makanan yang bersinar sebentar tadi. geram terasa. 

tangan wa dengan pantas mencari lubang-lubang serta tempat simpanan di dalam besi bergerak wa. berkemungkinan ada wang syiling emas untuk menukar barangan agar wa dapat membeli benda itu. hampir berjaya selepas wa mendapati wang syiling tersebut mencukupi untuk memberi benda idaman wa sejak tadi.

wa pulang dengan bangganya selepas wa memegang " SUPER RING " ditangan wa. 
ia hanya makanan yang diaggap sangat remeh, tetapi ia bagaikan emas untuk wa.




Wednesday, 30 May 2012



im such a pathetic !!






wa sebenarnya, dengan ikhlas wa tidak pernah faham dengan diri wa. apa ada pada wa. apa kebahagiaan yang wa dapat. apa yang wa perlu untuk hidup wa. apa yang wa nak untuk masa depan wa. apa yang wa ada disekeliling yang wa perlu hadap. serta apa lagi masalah yang wa perlu tempuh. mungkin kehidupan wa akan dicampur-baurkan dengan masalah kekeluargaan wa. semua buat wa buntu otak. sel-sel fungsi akal di dalam otak wa mungkin akan mula berkembang lalu akan pecah pada bila-bila masa sahaja. sesiapa mungkin tidak perlu tahu dengan kecacatan wa. wa cacat otak. wa tidak tahu berfikir. malah tidak tahu mencipta idea baru untuk kehidupan wa yang selanjutnya.

wa mohon maaf kepada semua keluarga wa, sahabat terbaik wa, teman-teman sekeliling wa yang kekadang tidak pernah mengendahkan kisah hidup wa bila berjauhan.  mungkin wa salah. serta tidak mungkin ia betul bagi semua manusia. mungkin ya pada kata-kata wa. tidak pada kata hati. 

satu.... wa rasa wa sakit otak
dua....wa rasa wa cacat minda
tiga....wa rasa wa sengket aliran otak
empat...wa rasa wa bengong ilmu
lima...wa rasa wa kurang pintar berfikir
enam...wa rasa wa tidak matang menggunakan serpihan akal wa
tujuh... wa rasa wa masih tidak sempurna dibumi yang nyata
lapan.... wa rasa wa perlu pejamkan mata
sembilan.... wa perlu mimpikan syurga
sepuluh.... wa rela apapun yang terjadi

dengan kerelaan hati wa postkan semua ni di blog wa yang serba kekurangan. wa perlu banyak mencari ilmu untuk kesempurnaan diri wa

opsss, wa tertinggal otak di dalam peti besi berhawa dingin. 

Monday, 28 May 2012

what the double f stands for

"krukkk krukk", ketidakhadaman perut wa membuatkan wa merasa sangat kusam serta tidak berdaya untuk bergerak. sedangkan kaki wa masih mampu menapak dalam sepuluh langkah kehadapan. terencut-encut terasa. kamera video sudah dipasang untuk wa cuba melakukan komunikasi luar kawalan wa .tetapi wa terasa kurang daya tahanan untuk menahan semua ini.

"penat bodoh aku nak langkah naik atas, lebih baik rumah aku ada lif mungkin lebih senang, takde lif pun tangga bergerak pun mungkin menggembirakan", merengek hati wa meminta simpati. siapa lah yang ingin mendengar rintihan ni. tiada siapa ! kosong! gelap ! seorang diri! sakit! perut! arghhh!

kepala pusing-pusing memikirkan banyak benda untuk hidup wa keesokan harinya. "krekkkk kreekkk, dumm!", pintu ditutup tanda masa untuk wa tenangkan fikiran. okay, macam biasa wa akan bergerak ke komputer riba dahulu seperti mana rutin harian yang selalu wa buat apabila tengah tengah malam. hati terasa indah bila menghadap komputer riba wa. setiba di hadapan komputer riba, mata terlihat satu laman yang tertompok bintang hitam yang mengeluarkan kata kata kesat ! bertambah perit la perut wa terasa bersama hati wa yang membara sedikit sebenarnya. wa ketawa dan senyum tanda protes. hm hm. mungkin.

mataku kembali melihat video bergerak !




secara sengaja melihat kemeja berpetak biru . mungkin. wa kurang pasti.

Tuesday, 22 May 2012

bawah tiada bintang

makin wa tunggu makin cepat balik. mungkin ia sesuai dengan cara hidup wa sekarang. menunggu kepulangan bintang artis pujaan wa.  ahha. seperti biasa. wa akan tenung komputer riba wa seperti mana wa selalu nampak bintang yang muncul dilayar skrin wa. jauh. wa tau jauh. jauh sangat. tapi... wa rasa dekat. macam mana eh?

lelah jugak wa bila mengadap jack n jill wa hari-hari. hidu lagi udara dirumah wa yang terlalu banyak bau-bau an yang enak seperti kepingan roti buku, makanan berlemak, makanan ringan, makanan sejuk, makanan manis, pedas. apa kata, wa isi ruang waktu wa bersama bintang artis wa yang wa puja sekarang. mungkin dapat mengatasi masalah mata wa yang kekaburan. mungkin sebab salah wa semasa muda dahulu yang selalu mengadap cahaya untuk beberapa lama. tapi, wa kabur cinta. tolong beri cermin mata yang lebih kurang kuat kuasa kantanya untuk wa renung dengan lebih jelas. mungkin..

"dahaga la pulak, nak turun bawah macam malas", keluhan wa setiap hari apabila terasa nafsu wa untuk turun mengadap dapur. suasana rumah wa apabila lewat malam, lenggang macam sudah lewat pagi. baru pukul 10 beb. hais ! mengeluh sedikit apabila merasakan diri keseorangan.mungkin..

sekarang, wa rasa komputer riba wa merupakan segalanya. mungkin disebabkan komputer riba ni seperti nyawa teragung wa. ehe ehe. ade sebab mungkin........

setelah melangkah turun dari tangga rumah wa yang mungkin wa terasa tersangat tinggi. tidak sesuai untuk turun naik dalam keadaan yang kerap. mungkin ia memenatkan. denyutan jantung wa makin laju. haha. penat turun tangga. manusia bernyawa, itu perkara biasa.

"gluppp gluppp gluppp" . terasa tekak makin selesa selepas meneguk air. haiss ! tiba-tiba hati wa berbisik, "bintang diatas, bersinar menunggu", keluhan wa yang sedang berfikir sejenak sambil melangkah ke sinki. wa melangkah naik dengan jeritan " bintang ! bintang! dilangit kelip engkau disana". mungkin lagu itu terasa jijik didengar. maaf, wa hanya menganjing semata-mata. tiada niat yang munasabah untuk wa terang pasal lagu tersebut.


kembali mengadap komputer riba yang terdampar rupa "bintang" di skrin wa. ehe. ehe. itu kah bintang yang wa puja sangat??


mungkinn.....

Monday, 21 May 2012

bila bintang bersinar

" sini dekat sikit dengan skrin ", ayat perbualan biasa yang selalu terkeluar dari mulut wa di hadapan benda komunikasi teragung masa kini. mata wa kurang jelas serta kabur-kabur melihat susunan abjad di komputer riba wa. usia semakin meningkat, banyak jugak perubahan yang berlaku dalam hidup wa. atasi dengan tabah. ehe ehe. tabah ke , TAK BAHHH. hahaha.

banyak unsur sosial yang boleh dilayari. wa tau. wa bukan jelik IT. tapi, kepala wa gigih meraba-raba mencari telefon bimbit wa yang kadang-kadang wa lupa dimana letaknya. seperti biasa, tangan akan menekan unlock keypad. "tett tettt tett, tottttt", unlock. kononnya macam telefon mahal. ahha ahha. " boleh ke wa nak call ni, alah.. call je lah ! " memulakan talian dengan menekan butang hijau. tiada bunyi tuttt tutt.  sebaliknyaaa....




"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu

Jika ..............." talian dijawab....




wa sebenarnya buntu, hilang akal dan mati kutu. tiada ayat yang wa hendak tuturkan untuk menjadi topik pertama perbualan. melainkan, hello. hai. hmm. buat ape. kat mane. oh. yeke. ok. bye.



memBOSANkan....... opssss salah..... adoiiii PESANG !

tapi... sepesang-pesang mana pun , bagi wa ia indah.  firasat wa mengatakan

kadang-kadang.... wa perlu bintang
kadang-kadang.... wa ingat bintang
kadang-kadang.... wa rindu bintang


..............semuanya mungkin akan terukir kelak..............

p/s : alahhh, lirik lagu yuna tu. terukir dibintang tak mungkin hilang cintaku padamu.





Sunday, 20 May 2012

perfect plain paper print out

popcorn, anyone ?


i still doesnt know who he is.  i think he could get the full attention from anyone else who really close to make him walk. haha. poor you.  i think he couldnt do any better. rupa paras lu lebih kurang macam lagu wigi wigi yekk yekk. uweekkkk.  ehe. ehe.

you laugh with your own mistake, brother !




so near so far




"nobody say it was easy" , the sentence which was come out from the coldplay band .  kadang-kadang wa pelik dan terasa kurang faham dengan erti kehidupan. maaf, wa tak pandai bertutur kata dengan erti romantis. itu memang kelemahan wa. 

i knew him about 6 years before. i came to like him very much. haha. he didnt look sick at all. tapi.. wa tau lu sebenarnya.  kadangkala lu sakit. he had  a warm, smiling face and a quite chatterbox. i knew nothing about him before. hmmm.  he's a lovable. haha.

whenever we talked, he never gave an explanation. biarpun kadang-kadang wa lampi. lembab dengan ayat manusia yang serba serbi buat wa fikir panjang. he he. tapi, wa rasa wa boleh faham sikit sikit. kottt.

we had a mutual understanding for many years.  but we accepted whatever we said n left it like that. actually he still the same like the old friendly and cheerful. 

i think of him often.. 

i had a fighting spirit and zest of my life. hes a good in relations. although he never showed any signs of pain, i know he suffered terribly. be strong my dear !

he taught me many lessons about our friendship , family and living with a positive attitude. im safe with you. its not easy to find someone perfect. indeed everyones not really perfect. but, it will be okay if we try to be perfect. easy ! 





facts!


ini blog baru wa. blog lama wa dah renyuk-renyuk macam kertas yang ditulis tak jadi lalu dicampakkn ke dalam tong sampah. mungkin itu sesuai dengan perumpamaan untuk blog lama wa yang dah mungkin reput dek zaman.  wa dah ada dunia baru, buku baru, blog baru, bf baru.  ehe ehe. tak tak. haha.

when i look back upon the experience, i realize many things and hope my blog carries that same wise smile that once moked me :)

haha.. ha ha..