mungkin wa tersalah pandang. pilihan kurang tepat untuk merentasi landasan hidup wa yang banyak liku serta bengkang bengkok. wa mungkin bengang. mungkin terasa hati. tak mengapa. wa perlu terus hidup dengan cacian lu, dengan sikap lu, dengan kenangan lama lu, dengan cara kasar lu. wa hadap. tapi mungkin tidak lama. terdetik hati wa ingin mengedar dari semua fakta hidup. ternyata terkadang wa hampir separuh mati untuk menelan segala onak duri, peluru berpandu serta kata kesat yang padu untuk aku melayani semua tingkah laku manusia untuk wa. untuk apa? kesejahteraan hidup? keseronokkan? haha.
bunyi jam wa yang berkali-kali membuatkan wa terasa kepala berdenyut mengikut rentak tesebut. ternyata, wa masih leka dengan hidup wa. bosan. tahap punya bosan. hadap sahaja kebosanan ini. mungkin mengubat duka. haha. ternyata tidak.
deringan telefon bimbit yang berulang kali terasa membingitkan. mengelirukan. menyakitkan. tambahan pula dengan manusia yang mengelirukan mata serta minda wa. wa terasa kosong. punah semua harapan wa. kesakitan terasa. linangan air mata mula bekerja untuk memenuhi rasa hati yang kurang manisnya.
tiada apa yang perlu wa terangkan. kesalahan wa yang membuatkan segalanya musnah. wa sedar. hanya dengan kesialan kehidupan wa, semuanya akan mencorak kehidupan di masa hadapan. wa hadap. wa hadap. wa hadap.
mata terasa pedih. pedih teramat sangat. dengan cara wa beredar dari semua ini mungkin boleh membahagiakan semua. wa senang. terasa tenang. setenang hati lu. wa bahagia melihat lu bahagia. bukan susah beb. cukup senang bila mengorbankan semua yang wa sayang. senang ! petik jari ! sini aaa, mari datang bintang bintang yang berkilau. wa sanjung ! wa tatap!.... sampai bila? mungkin otak bodoh sahaja yang boleh menghafal setiap gerak geri serta rentak lu. hadap lagii ! hadappppp.
wa tahu, lu akan berasa tenang dan gembira setelah melihat tapak kaki wa melangkah ke belakang. berkemungkinan wa tidak berhak melangkah kehadapan bersama lu. wa kempunan . inginkan kebahagiaan. tapi, wa gagal.
kesunyian akan berlaku selepas wa mengupdatekan blog wa ini. wa cuba. cuba untuk lu. semua untuk lu. ampun. wa mohon ampun.