ego tinggi wa tidak lah setinggi 172 sentimeter. mungkin akan rendah bila kena dengan masanya. wa cerita sikit.
"you tau tak, i paling tak suka bila orang lambat!", nada marah.
ayat menusuk jiwa raga. ini bukan rekaan. ini betul-betul. semua hanya kerana berpotong ayat inilah yang membuatkan wa tidak putus-putus fikir. berjenak-jenak beb. lu semua nak tahu, ayat ini yang menentukan banyak benda, banyak telatah, banyak perilaku yang berbeza. durjana gila ayat itu sebenarnya. tahan sedikit ya. mungkin ini pertengahan untuk perubahan yang ketara kelak.
hati tersentuh untuk berpatah balik, kerana keegoan yang separuh tinggi everest. wa tidak jadi . masih berjalan-jalan ditesco yang tidak mempunyai ramai manusia sekeliling, mata ditumpukan ke tempat yang dituju. hati? mana hati pergi? haha. tarik nafas panjang. inginkan kesempurnaan.
selesai memegang duit RINGGIT MALAYSIA, wa berjalan ke kereta biru yang kadang-kadang meragam tidak tentu pasal. tak mengapa. ia membantu. haha. hati masih disitu. tidak berubah. ego tetap ego. "aku ambil dia lah, mana tahu, elok nanti", bercakap sendirian sementara adik wa kepenatan selepas pulang dari pelajaran.
baju berkolar, putih keluar dari pintu kaca yang bersinar. hati wa berdebar . wa takut dimarahi. sangkaan wa salah. mungkin panas. tidak tersenyum. penat agaknya. positif eka. positif.
seperjalanan di dalam kereta, hanya lagu yang berkumandang menceriakan suasana. sedangkan waktu itu wa rasa macam guruh, ribut serta petir menyambar. terasa ngeri. euw euww.
masih tidak selesai. hanya bergantung. tergantung. menggantungkan. alahai.
No comments:
Post a Comment