Thursday, 31 May 2012

sedang seronok  wa melihat mereka menonton sinetron tiap petang bersama tok tersayang, tidak lupa juga wa akan membawa jajan atau apa-sahaja berhadapan dengan sebuah besi segi empat tepat yang mengeluarkan cerita-cerita agung untuk ditonton. "bosan asyik cerita sama sahaja, bila mau habis?", wa mengeluh panjang setelah melihat cerita yang hampir 250 episod ceritanya yang tidak akan pernah bosan untuk mereka menonton. wa bosan beb. dalam hati wa "layan je lah, mane tau tidak membosankan kadangkala". ternyata masih bosan. 

penat dengan keluhan sendiri, wa membuat keputusan menelan sesuatu yang berwarna merah, berplastik kebiruan yang berkilauan, rupanya bulat bulat  dan mempunyai lubang di tengah-tengah. hanya itu yang terbayang saat itu. lupakan tentang sinetron tidak berguna itu. haha. lalu, wa menghidupkan besi bergerak wa untuk dijadikan pengangkutan untuk wa sampaikan hajat hati wa membeli benda idaman wa. 

ok. makhluk besi mula bergerak dan meluncur laju di atas jalan raya yang mempunyai jaluran putih yang putus-putus. tandanya ia bergerak. signal kanan diberi tanda ingin membelok. " kedai mana aku patut pergi ?", keluhan wa lagi yang tiada siapa mendengar. walaupun mempunyai lebih kurang 3 orang di dalamnya. haha. abaikan . wa memang gemar bercakap . benda kurang penting agaknya. haha. 

mata wa terus memandang satu benda yang bersinar-sinar. ia berada di rak teratas di kedai tersebut. wa sudah hampir menelan air liur yang hampir mengalir keluar dari bibir wa. "sedap kot benda ni!", suara wa perlahan tanda mengingini sesuatu. 

wa masih lagi berfikir sejenak dalam besi bergerak wa ini. "apeke pekaknya aku ni!". menyakitkan hati bila wa terlupa untuk membawa sebarang wang kertas. wa alpa. hishh! lidah masih terasa dan terbayang makanan yang bersinar sebentar tadi. geram terasa. 

tangan wa dengan pantas mencari lubang-lubang serta tempat simpanan di dalam besi bergerak wa. berkemungkinan ada wang syiling emas untuk menukar barangan agar wa dapat membeli benda itu. hampir berjaya selepas wa mendapati wang syiling tersebut mencukupi untuk memberi benda idaman wa sejak tadi.

wa pulang dengan bangganya selepas wa memegang " SUPER RING " ditangan wa. 
ia hanya makanan yang diaggap sangat remeh, tetapi ia bagaikan emas untuk wa.




2 comments:

  1. aku setuju kalau kau katakan yang Super Ring ni jajan paling sedap dalam dunia..

    ReplyDelete
  2. " you may say i'm a dreamer but i'm not the only one " - John Lennon . 1940 - 1980 RIP .

    ReplyDelete